11 Fakta Tentang Filem Kapsul Dan Tun Mahathir

KAPSUL mengisahkan perjalanan hidup seorang anak Melayu yang hidup di zaman serba moden ini tetapi berpeluang menelusuri masa lampau melangkaui beberapa dekad bagi melihat sendiri perjuangan orang Melayu yang penuh dengan jalan berliku serta ranjau dan duri demi membangunkan sebuah negara bernama Malaysia.

Justeru itu, KAPSUL mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri dengan kemampuannya mengangkat mesej-mesej berat tetapi dipersembahkan mengikut trend terkini bagi menarik lebih ramai generasi muda menghayati sejarah perjuangan serta survival bangsa melalui filem fiksyen.

Filem-Kapsul

Fakta Tentang KAPSUL:

1. Nama Martias Mohd. Ali (Allahyarham) tidak asing lagi dalam dunia penerbitan filem dan televisyen tanahair terutamanya selaku penulis skrip. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang muzik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Allahyarham telah menghasil ratusan skrip drama, sitkom, rancangan majalah dan filem cereka sepanjang berkecimpung dalam dunia seni. Antara skrip dramanya yang popular ialah Hari-hari Terakhir Seorang Perempuan, Zaharul VS Zarina, drama bersiri Idris Beca, Sitkom Suasana, Air Mata Papa, Aidilfitri Di bulan Syaban, Manaf Astro, Nek Nak, Fobia, Merdeka Ajit Merdeka Ajis, Merahnya Biru, Buku Lama Diari Baru dan banyak lagi.

2. Malangnya, cita-cita Allahyarham untuk melihat sendiri filem ini di layar perak tidak kesampaian apabila meninggal dunia pada 29 Mei 2014 ketika usianya 46 tahun, setelah terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat penyakit kanser darah. Allahyarham hanya sempat terlibat dalam proses penggambaran serta suntingan awal sahaja dan filem ini kemudiannya berjaya disiapkan oleh pihak penerbit hampir 14 bulan selepas ketiadaan beliau.

3. Filem ini dibintangi oleh Faizal Hussein dan dibantu oleh lebih 30 orang pelakon terkenal tanahair serta hampir 200 orang pelakon tambahan. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah :

  1. Dato’ Rahim Razali
  2. Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar
  3. Adlin Aman Ramli
  4. Mior Hashim Manap
  5. Shaharuddin Tambi
  6. Zaidi Omar
  7. Zamarulhisham
  8. Aman Graseka
  9. Ucop Cecupak
  10. Ahmad Hamdan
  11. Mubarak Majid
  12. Kenji Sawahi
  13. Sahronizam Noor
  14. Ahya Ulumuddin Rosli
  15. T.S. Jeffry
  16. Adam Corie Lee
  17. Joey Daud
  18. Qazim Nor
  19. Haeriyanto Hassan
  20. Fathil Dani Zamri (Gerak Khas)
  21. Manan Hj. Sulaiman Engku Ahmad Rizal
  22. Elly Mazlein
  23. Jue Aziz
  24. Zila Bakarin
  25. Fadilah Mansor
  26. Normah Damanhuri
  27. Ann Yusof

Tidak ketinggalan filem ini juga bakal memaparkan penampilan khas jutawan pakar perniagaan internet Malaysia iaitu Irfan Khairi yang berlakon filem buat kali pertama.

4. KAPSUL merupakan filem cereka terbitan sulung syarikat Two Tones Sdn. Bhd. Memiliki status syarikat MSC (Multimedia Super Corridor) Malaysia, Two Tones telah beroperasi di Cyberjaya lebih 14 tahun dan terlibat dalam beberapa penerbitan kandungan kreatif menerusi kepakarannya dalam bidang kesan khas serta imej janaan komputer (CGI). Antara hasil kerja syarikat ini adalah elemen-elemen CGI yang terdapat dalam penerbitan filem dokumentari terbitan History Channel, “Lost Over France : Malaysia’s Unsung Heroes, Remembering The Talalla Brothers” dan filem “Libas”. Filem KAPSUL sendiri mengandungi kira-kira 60% elemen CGI yang direka dan dibangunkan sendiri oleh kakitangan syarikat yang kesemuanya adalah anak tempatan. Hj. Amru bercita-cita memeriahkan lagi dunia perfileman tanahair melalui penghasilan filem-filem berkualiti tinggi seperti filem “The Adventure of Buntat” yang sedang dalam proses pembangunan skrip.

5. Secara keseluruhannya lebih 100 orang tenaga produksi terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pembikinan filem ini. Selain pasukan CGI yang diketuai oleh Haji Amru sendiri, aspek sinematografi diterajui oleh Mohd. Saufe A. Wahib selaku Pengarah Fotografi. Proses penggambaran filem ini berlatarkan lokasi di sekitar Kuala Kangsar, Lenggong, Sayong, Ipoh di Perak serta Kuala Lumpur, Cyberjaya, Putrajaya dan Klang.

6. Cabaran besar produksi filem ini adalah berlatarkan 5 era yang berbeza, namun hasil kerjasama semua pihak rakaman penggambaran berjaya dilaksanakan dalam jangkamasa selama 25 hari sepertimana yang dijadualkan.

Fakta tentang Tun Mahathir:

1. Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

2. Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

3. Tun M bersetuju membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

4. Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi Martis berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

5.  Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon utamanya, Faizal Hussein.

Trailer filem Kapsul:

Sumber:

1. http://www.myartis.com/2015/07/9-gambar-video-tun-m-dalam-filem-kapsul.html

2. http://www.budiey.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-filem-kapsul/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s