Animator Antarabangsa: Toniko Pantoja

Toniko Pantoja: Pengguna elimen muzik di dalam pembikinan animasi pendek. toniko pantojaSiapa Toniko Pantoja?
Beliau digelar sebagai Toniko Pantoja. Beliau merupakan seorang Animator, Story Artist, dan beliau suka buat perkara-perkara yang cool. Beliau membesar di Indonesia. Beliau datang ke Sheridan di Canada untuk beberapa tahun, dan CalArts menjadi tempat untuk beliau mendapatkan pendidikan di dalam bidang animasi.

75598_10152135402705705_140650044_ntumblr_np99siBJk31ryqzjgo1_1280

Beliau sudah bekerja di syarikat Chavvo animation Studios sebagai freelance dan syarikat DreamWorks Animation sebagai Story Artist untuk cerita Puss in Boots 2 dan Puss in Boots TV!


SENARAI ANUGERAH DAN PAMERAN:

Peer’s Pick Award, April 2012
Peer’s Pick Award untuk filem pendek “Crayon Dragon

Vaughan Film Festival (Official Selection), April 2013
Filem Pendek “Serenade to Miette” dan “Crayon Dragon
Pemilihan rasmi di dalam Vaughan Film Festival

Golden Orchid International Film Festival, 2013
Wolfsong” dan “Crayon Dragon
Pemilihan rasmi di dalam Golden Orchid International Film Festival.

TMFF Best Animation, Mei 2015
“Wolfsong” Memenangi best animation di dalam TMFF’s competition 2015.


Penggunaan elimen muzik di dalam animasi pendek?
Toniko Pantoja merupakan seorang animator yang menggunakan elimen muzik sebagai satu penyampaian mesej di dalam sesebuah animasi pendek. Antara animasi pendek yang berjaya beliau hasilkan dan menjadi viral di dalam Vimeo ialah Serenade to Miette, Crayon Dragon, Wolfsong, dan Tiny Nomad. 10444666_10154209930285705_4139683666918853674_n Berikut merupakan animasi pendek yang menggunakan elimen muzik:
Serenade to Miette (2011)

Crayon Dragon (2012)

Wolfsong (2013)

Tiny Nomad (2014)


PERSOALAN YANG KERAP DITANYA KEPADA TONIKO PANTOJA:

  1. Filem Animasi Pendek:

Apakah perisian (Software) yang sering digunakan oleh toniko pantoja untuk menghasilkan Filem Animasi Pendek?

Serenade to Miette (2011) miloandmietteSerenadeToMiette by TonikoPantoja

Untuk filem animasi tahun pertama saya, Serenade to Miette (2011) yang saya lakukan semua animasi tradisional di atas kertas dengan menggunakan pensel mekanikal. Saya scan kesemua lukisan frame, kemudian import ke dalam Adobe Photoshop, dan pastikan kesemua lukisan frame dalam keadaan alpha channeled (maksudnya, sesetengah bahagian perlu hallow/transparent, dan sesetengah perlu dalam keadaan fills). Saya kemudian import setiap lukisan frame sebagai video layers di dalam perisian Adobe Photoshop, dan mewarnakan setiap frame lukisan video layers secara berasingan. Kemudian, import ke dalam Adobe After Effects, untuk membuat proses suntingan video mengikut apa yang sudah dirancangkan.

Crayon Dragon (2012) crayondragoninternetwolfsongscreenshotsb

Untuk Crayon Dragon (2012), Segala animasi dilukis secara tradisional dan saya memutuskan untuk membuat proses rough animation (draft lukisan), Clean-up (pemebetulan garisan di dalam lukisan yang sudah dianimasikan) dan warnakan lukisan, semuanya dilakukan dengan menggunakan perisian Adobe Flash. Ianya amat memudahkan saya untuk melakukan instant playback (untuk menguji In-between animasi iaitu frame sebelum dan frame selepas di dalam setiap shoot).

Wolfsong (2013) dan Tiny Nomad (2014) wolfsongscreenshotsalittlenomad1 littlenomad2deepred

Untuk Wolfsong (2013) dan Tiny Nomad (2014), saya menggunakan perisian TVPaint sebab ianya amat dekat dengan teknik lukisan tradisioanal yang saya gunakan, kerana ianya memudahkan kerja saya membuat in-between seperti melukis di atas kertas.

Latar belakang untuk kedua-dua filem animasi siap di dalam perisian Abobe Photoshop. Selepas itu, kedua-dua animasi dan latar belakang disunting ke dalam perisian Adobe After Effects untuk di-render ‘satu scene ke satu scene’ supaya menjadi scene yang berasingan. Kemudian, import ke dalam perisian Final Cut Pro untuk suntingan akhir dengan menambahkan bunyi-bunyian dan muzik. Akhir sekali, proses render dilakukan untuk menyatukan kesemua video yang telah disusun ke dalam perisian Final Cut Pro menjadi sebuah filem pendek.


  1. Nasihat:

Apakah nasihat anda kepada mereka yang mahu masuk ke dalam bidang industri animasi?
Saya tidak pasti, sama ada saya mempunyai apa-apa nasihat yang terbaik untuk mereka. Tetapi, saya akan memberikan pandangan yang terbaik melalui pengalaman yang pernah saya lalui.

  1. Sentiasa mendapatkan kritikan.
    Sentiasa mendapatkan kritikan, dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri anda di dalam kerja anda. Perkara ini terlalu general, tapi ia merupakan nasihat yang paling penting kerana pekerjaan yang kita buat ini, memerlukan banyak kolaboratif dan komunikatif. Selain itu, rajin bertannya seseorang yang selalu melihat hasil kerja anda (maksud saya, seorang sahabat atau seseorang yang anda percayai) dan lihatlah bagaimana mereka memberi nasihat kepada hasil kerja anda. Terpulang kepada anda untuk menerima teguran mereka atau tidak, apa yang paling penting adalah satu pengalaman yang progresif dan setiap daripada kritikan akan membina sebuah idea yang boleh dijual. Oleh itu, sentiasa dapatkan nasihat daripada orang lain, kemudian belajar daripada kesilapan itu untuk membuat penambahbaikan.
  2. Mengetahui limit (had) anda.
    Adalah baik untuk bercita-cita tinggi, tetapi ia juga boleh menjadi perangkap untuk anda jatuh. Saya sudah banyak kali terjatuh di dalam perangkap tersebut, dan menyedari saya tidak mempunyai kemahiran yang luar biasa. Saya tidak mengatakan, anda perlu lakukan perkara yang senang (Tak seronok lah begitu). Tapi, saya lebih suka kalau anda tolak diri anda sejauh mana yang anda mampu. Kemudian, katakanlah anda belajar daripada pengalaman tersebut dan itu adalah lebih berbaloi bagi saya. Oleh itu, ketahuilah had anda supaya anda boleh melakukan sesuatu yang berbaloi untuk hidup anda. Pastinya perkara tersebut adalah lebih menyeronokan bagi saya.
  3. Buat apa yang anda suka dan anda seronok.
    Buat apa yang anda suka bermaksud sentiasa mencari perkara-perkara yang baru dan perkara-perkara menarik tentang kerja atau kerjaya yang anda sedang lakukan. Berseronok pada asalnya bermaksud, anda seronok bekerja dengan apa yang ada sedang lakukan, dan anda juga tidak kesah sekiranya menghabiskan masa bersamanya. Sebenarnya, adalah baik untuk berseronok kepada perkara yang anda kerjakan, kerana buat apa yang anda minati akan memberi kesan terhadap kerja anda kepada setiap persembahan yang anda lakukan.

Guru saya tidak memberi motivasi yang cukup untuk saya mempelajari animasi. Mereka tidak memberi inspirasi yang secukupnya kepada saya, dan oleh yang demikian, saya tidak belajar banyak perkara tentang animasi. Apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak dapat pengajian seperti apa yang awak dapat di CalArts. Saya tidak mempunyai guru-guru terbaik dari industri.
Secara kasarnya, saya mahu katakan hanya orang yang pengecut menyalahkan orang lain atas sebab tidak berkemahiran atau tiada motivasi. Sekiranya anda betul-betul meminati medium ini, mengapa anda membiarkan orang lain mengambil alih apa yang anda minati? Beberapa animator, pereka grafik dan artis yang mempunyai bakat dan kemahiran, tetapi guru mereka juga teruk. Ada juga guru yang tidak dapat menulis pelan tindakan dengan baik, tetapi kebijaksanaan mereka dalam pengajaran dan pemahaman mereka adalah perkara yang bernilai untuk diambil. Sebab saya mengatakan sebegini adalah kerana berbalik juga kepada diri saya yang berada di CalArts. Kami yang berada di CalArts juga mempunyai guru-guru yang boleh dipersoalkan, guru-guru yang mempunyai kemahiran yang hebat tetapi tidak dapat mengajar dengan baik, atau guru-guru yang mampu memberi nasihat yang baik tetapi kerja mereka tidak seperti yang dikatakan. Apa yang saya tahu ialah saya telah mempelajarinya sendiri, dan apa sahaja yang guru-guru kami ajar kepada kami, kami semua mengambil dengan hanya jumlah yang setimpal. Tetapi, menyalahkan guru untuk berhenti buat apa yang kita seronok dan minat adalah penakut. Ada sesetengah guru yang bagus dalam mengajar one-on-one, manakala ada guru yang bagus dalam mengajar seluruh kelas. Yang membentuk masa depan anda sendiri adalah diri anda sendiri. Jadi, jangan terus beralasan kerana anda masih boleh belajar begitu banyak perkara dengan internet, bengkel dan lain-lain.


  1. Pendapat tentang Industri:

Apakah pandangan atau pendapat anda terhadap industri?
Ada beberapa rakan saya yang sangat mahir dalam melukis menggunakan tanggan dan ada yang sangat mahir dalam membuat animasi, ada yang sangat mahir dalam CG, ada yang sangat mahir dalam adult / mature material dan semuanya mahu shooting untuk tontonan umum. Industri ini amat berbeza di mana-mana di dalam dunia, tetapi pendapat umum saya ialah saya ingin kembali ke waktu di mana terdapat banyak studio melakukan kerja mereka sendiri. Saya juga berharap setiap orang boleh mencipta peluang-peluang baru dan terbuka untuk melontarkan lebih banyak idea-idea baru. Apa yang saya nyatakan di atas, saya tidak berbohong terhadap mereka yang ingin untuk menjadikan “sesuatu” terhadap masa hadapan “industri”. Ada juga beberapa perkara yang saya tidak suka terhadap beberapa orang yang sering complain, dan tidak bertindak. Jika anda ingin memulakan sesuatu di dalam industri, ada rahsia yang perlu anda pegang; ia dipanggil sebagai TINDAKAN.


tumblr_nqxo74Y0cc1ryqzjgo3_1280Sumber: http://stringbing.tumblr.com/ http://stringbing.tumblr.com/faq https://vimeo.com/user1027469 http://toniko-x.blogspot.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s