Benarkah Lelaki Di Dalam Gambar Ini Adalah Sakuragi Hanamichi?

Sesiapa yang pernah membaca komik atau menonton animasi Slam Dunk pasti tidak asing lagi dengan nama Sakuragi Hanamichi. Karakter yang berambut merah dan bersifat ganas tetapi hidup dengan perjuangan ini berjaya menambat hati ramai peminat dan mengubah senario bola keranjang di Jepun.

Namun, muncul satu artikel yang mengatakan bahawa Sakuragi Hanamichi adalah watak dari sebuah kisah benar. dan artikel ini tersebar di seluruh dunia beserta sekeping foto lelaki yang didakwa Sakuragi Hanamichi. Artikel itu berbunyi:

“Hanamichi Sakuragi dilahirkan pada tahun 1968 dalam sebuah keluarga biasa. Ibunya meninggal dunia ketika dia masih kecil, tanpa kasih ibunya dia menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalahnya. Sebagai seorang kanak-kanak dia berketinggian luar biasa iaitu setinggi 1.75 meter pada usia 12 tahun, dan tubuhnya mula menjadi tahan lasak hasil pergaduhannya. Sehinggalah pergaduhannya dengan pelajar di zon sukan di Universiti Tokyo telah menarik jurulatih pasukan bola keranjang kerana kebolehannya untuk berlawan dan tangkas. Jurulatih tersebut menawarkan kepadanya untuk menyertai pasukan bola keranjangnya.

Dalam satu latihan menentang Pasukan Kebangsaan Jepun, Hanamichi yang berusia 17 dengan ketinggian 1.89 meter, langsung tidak takut dengan golongan profesional dengan menghasilkan 33 mata: 10 shot, 3 nailed, 1 triple, 1 shot luar biasa, dan 2 serangan percuma.

Walaupun pasukannya kalah dengan hanya 59 mata (59 – 115), perlawanan ini telah menjadi permainan pertama yang sangat baik untuk Hanamichi. Dunia bola keranjang gempar dengan berita ini, dia menjadi fenomena sehingga digelar “Harapan Bola Keranjang Jepun”. Walau bagaimanapun, bapanya jatuh sakit setahun kemudian. Hanamichi pergi pulang ke Tokyo, dan perjalanan ini memakan kos yang sangat tinggi. Dia turun dari bas di Tokyo dan dia ketika melintas jalan di hospital dia dilanggar oleh sebuah kereta yang laju. Walaupun beliau mempunyai “badan keluli”, kesan langgaran terlalu kuat. Hanamichi pengsan ketika mereka membawanya ke hospital. Malangnya ia sudah terlambat …Hanamichi mati pada usia 18 tahun akibat pendarahan dalaman sebelum sempat di dihantar ke bilik operasi.

Kehilangan ini amat besar ertinya bagi Arena Bola Keranjang Jepun. Peluis komik Takehiko Inoue mencipta siri “Slam Dunk” berdasarkan sejarah pemuda ini.”

hanamichisakuragi1197648169_f

Artikel kisah pemuda yang bernama Sakuragi Hanamichi ini tersebar dengan cepat dan meluas untuk seberapa ketika. Sehinggalah tampil beberapa pihak  yang membuat kajian dan mendedahkan bahawa gambar dan artikel tersebut adalah tidak benar sama sekali. Pendedahan tersebut menyatakan bahawa lelaki dalam gambar yang didakwa sebagai Sakuragi itu sebenarnya gambar seorang artis Jepun bernama Yoshiko sewaktu mudanya, dan ini sekaligus membuktikan artikel dan kisah tersebut adalah rekaan semata-mata.

Yoshiki

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s