4 Judul Majalah Dari Syarikat Ini Dihentikan Operasinya Baru-baru Ini. Kenapa?

Berita Publishing Sdn Bhd dilaporkan telah pun menamatkan penerbitan 4 majalahnya. Antara majalah yang dihentikan penerbitannya adalah majalah Jelita, Anjung Seri dan Malaysian Business. Majalah-majalah ini dihentikan penerbitan dan jualannya berikutan catatan jualan yang teruk merudum terutamanya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tiga faktor utama dikenalpasti sebagai punca ditamatkan penerbitan ini adalah

1. Saingan yang semakin hebat dan pengiklanan yang merosot.

2. Kesukaran mengekalkan kakitangan.

3. Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Pengarah Eksekutif Berita Publising Sdn Bhd, Juhaidi Yean Abdullah, GST adalah punca utama syarikat itu mematikan operasinya.

“Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan.

“Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST,” katanya sebagaimana yang dilaporkan oleh mStar Online ketika beliau dihubungi.

Menurutnya lagi, ramai peniaga didapati menghentikan jualan majalah kerana mereka masih gagal mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan GST. Keadaan dikeruhkan lagi dengan rungutan dari pelanggan yang tidak berpuas hati jumlah yang dibayar berbeza dengan resit yang dicetak. Sebagai langkah mengelakkan dikenakan tindakan, pekedai tidak lagi meletakkan majalah tersebut di rak sebaliknya di bahagian bawah meja.

Ditanya berkenaan keadaan pekerja dan kakitangan syarikatnya, Juhaidi mengatakan bahawa seramai 40 daripada 50 orang kakitangan yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan sektor terpaksa diberhentikan dengan pampasan setimpal dan mereka tetap dibantu untuk mendapat pekerjaan tetap.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s