5 Sebab mengapa lelaki dalam bulatan ini mewujudkan Blog Stroke Comichat

IMG_6197

Balik dari Singapura tempoh hari, lelaki dalam bulatan yang menggelarkan dirinya sebagai Usahawan Komik ini, mencetuskan resolusi untuk mencipta sebuah blog.

Pada ketika zaman pengguna masih ramai menggunakan Facebook dan Instagram, beliau memilih untuk menggunakan blog untuk menyampaikan cerita-cerita beliau yang berkisarkan hal komik dan penerbitan.

Ketika di Singapura, beliau memikirkan satu isu. Apa gunanya beliau merantau ke sana ke sini, atas tujuan pembelajaran, tetapi apa yang dipelajari itu tak disebarkan pada mereka yang layak mengetahui?

Jejaka yang tidak seberapa tampan tersebut adalah Irfan Foner, seorang Co-Founder Comichat, beliau menjalankan bisnes yang berkaitan perlesenan komik dan agent peluang-peluang penerbitan.

2 Logo Comichat Final - Copy

Seorang rakan Literary Agent beliau, cikpuan Azzah Abdul Rahman sendiri berkata “Buat sahajalah blog itu!” selepas diberitahu mengenai cadangan beliau.

Tuan Irfan Foner menyatakan 5 SEBAB mengapa blog StrokeComichat.com ini diwujudkan.

1. Membina Platform Sebaran Maklumat Industri

Isu pertama yang dihadapi adalah tiada platform untuk rujukan pengkarya komik yang baru ingin menceburkan diri dalam industri. Tiada siapa yang tahu di mana sekiranya saya ingin mendapatkan info mengenai menghantar komik kepada penerbit, mencipta proposal, hakcipta, royalti, masa hadapan industri dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Kekurangan platform untuk berkarya, adalah satu isu. Kekurangan platform menukarkan maklumat juga satu isu yang lain.

2. Mencipta Network

Apa yang beliau peroleh dari pelbagai siri program yang dilawati, selain dari ilmu adalah jaringan perhubungan-perhubungan yang baru (networking).

Fungsi networking juga adalah salah satunya supaya informasi dapat ditukar sebanyak mungkin. Apabila bekerja dalam industri, informasi adalah segalanya, malah lebih penting dari wang ringgit!

Ada beberapa individu yang mula dikenali ketika trip di Singapura tempoh hari yang datangnya dari kalangan Creative Entrepreneur dan Self-Publisher yang sudi mengongsikan coretan mereka dalam blog StrokeComichat.com. Kami akan kongsikannya nanti.

Fungsi blog ini diwujudkan juga adalah sebagai modal untuk mencipta lebih banyak network.

3. Mencipta Peluang-peluang baru

Apabila ramai network yang diperolehi, maka peluang-peluang baru dapat diwujudkan. Apabila peluang baru wujud, lebih lama kita mampu survive dalam industri. Penukaran informasi, memungkinkan lebih banyak idea kreatif dan inovatif yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan, projek-projek dan channel-channel yang mampu memeriahkan industri.

Itu apa yang kami sedang tumpu.

4. Mengurangkan risiko

Sering dengar cerita mengenai artis komik ditipu, artis komik miskin, artis komik dicuri hakciptanya dan lain-lain? Dalam Blog ini, insyaAllah kami akan sentiasa berkongsi tips-tips bagaimana buat duit dengan karya, menjaga hakcipta dan lain-lain. Informasi-informasi itu boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan dari kes penipuan dan penganiayaan karya.

5. Meraikan aktiviti dalam industri

Dalam blog ini, kami akan sedaya upaya kongsikan apakah perancangan-perancangan organisasi komik dan kreatif tanah air, termasuk apakah program-program yang bakal dilaksanakan. Blog ini juga boleh digunakan untuk mempromosi event, temuramah orang kreatif, laporan program dan lain-lain lagi.

Mengapa kami beriya-iya mahu mengadakan blog ini? Kami teringat pesan dari Tuan Faizal Mukhtar, bekas Presiden Pekomik.

“Kau muda lagi. Masih ada ruang untuk buat kesilapan.”

STROKECOMICHAT.COM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s